Thursday, October 4, 2012

Promosi Melalui Poster

Promosi melalui poster ini mudah dan murah dilaksanakan oleh peniaga. Promosi melalui poster adalah paling kerap dilakukan oleh peniaga untuk memperkenalkan barang. Poster hendaklah kelihatan menarik supaya dapat menarik minat pembeli untuk membeli barang itu. Peniaga perlu tahu tentang undang-undang yang berkaitan dengan penampalan poster.
image
Maklumat yang perlu ada pada poster :
  • Tarikh
  • Jenis barang jualan
  • Tempat berniaga
  • Harga barang
  • Masa
Promosi melalui poster sesuai dilaksanakan kerana:
  • Mudah disediakan dan berkesan
  • Kos penyediaannya murah
  • Dapat dikeluarkan dalam kualiti yang yang banyak
  • Dapat ditampal di merata-rata tempat
image
Tempat-tempat yang selalu dipaparkan iklan berbentuk poster ;
  • Di belakang bas
  • Di hadapan kedai atau gerai
  • Di stesen bas atau stesen kereta api
  • Pada dinding kedai
  • Pada papan iklan di tepi jalan raya

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails