Tuesday, September 4, 2012

Tanaman hidroponik Tahun 6

clip_image002
  1. Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.

  1. Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’ bermaksud ‘air’ dan ‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali sebagai ’geoponics’.

  1. Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat makanan dan air dalam bentuk larutan. Dalam sistem hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui larutan baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan nutrien yang seimbang membolehkan akar tumbuh dengan sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan tumbesaran tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Namun demikian, pertumbuhan tanaman masih dipengaruhi pelbagai faktor seperti cahaya matahari, suhu, karban dioksida dan kelembapan persekitaran.
  1. Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran.
  1. Penanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi yang berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar dengan arus pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020.
Kebaikan dan kelemahan sistem penanaman secara hidroponik


Kebaikan

Kelemahan
· Hasil pengeluaran lebih berkualiti
· Pengeluaran hasil lebih tinggi berbanding tanaman atas tanah
· Penggunaan baja dan air dengan lebih cekap
· Tanaman mudah dikawal daripada jangkitan penyakit bawaan tanah
· Tanaman dapat diusahakan sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim samada musim hujan atau panas
· Tidak memerlukan kerja-kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas
· Tidak memerlukan kawasan luas
· Tiada masalah rumpai seperti mana di atas batas tanaman
· Kurang serangan serangga perosak tanaman kerana ditanam dalam rumah jaring kalis serangga
· Mesra alam kerana tiada penggunaan najis haiwan dalam aktiviti pembajaan.








  • Memerlukan kos perbelanjaan awal yang tinggi untuk pembinaan rumah perlindungan hujan dan peralatan sistem tanaman
  • Memerlukan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai pengurusan larutan baja dan teknik penanaman
  • Hanya sesuai ditanam dengan tanaman tertentu sahaja seperti sayur-sayuran jenis daun dan beberapa jenis tanaman bunga dan buah terpilih.



Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails