Sunday, October 14, 2012

Sistem hidroponik

Sistem hidroponik

Pada amnya terdapat dua sistem penanaman secara hidroponik :
Sistem kultur air
Kaedah menanam sayuran di dalam takung tanaman menggunakan air yang mengandungi baja. Akar pokok sentiasa terendam dalam larutan baja. Antara jenis sistem hidroponik yang diamalkan di negara kita ialah hidroponik takung dan hidroponik air dalam.
clip_image002
Tanaman sawi menggunakan sistem takung
Sistem menggunakan medium

Kaedah menanam sayuran di dalam bekas berisi medium tanaman selain daripada tanah seperti habuk sabut kelapa, batu kelikir, pasir dan campuran habuk sabut kelapa dan sekam padi bakar. Larutan baja dibekalkan kepada tanaman sayuran melalui tiub spageti dan penitis secara tekanan graviti atau tolakan pam air.
clip_image006
clip_image004

Tanaman melon dan timun Jepun menggunakan habuk sabut kelapa.

clip_image010
clip_image008

Tanaman tomato dan cili merah menggunakan habuk sabut kelapa.











Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails