Thursday, July 5, 2012

Penyediaan Tapak Tanaman Sayuran

Penyediaan Tapak Penanamanclip_image002

Faktor pemilihan tapak
Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian.
· Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran.
· Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok.
· Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair.
· Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik
· Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil.
Penyediaan Kawasan


Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklah
a) menebang pokok
b) menebas
c) mengumpul rumpai
d) meratakan tanah
Menggembur tanah
Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.
Langkah-langkah pembajakan:
· Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm
· Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya
· Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah.
clip_image001

Membajak tanah dengan jentera pembajak







Membina Batas
Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman.
Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.
Pembajaan Asas
Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah.
Sungkupan
Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
 

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails