Wednesday, August 1, 2012

Jenis-jenis sayuran dan menyemai biji benih

image
Jenis sayuran

Sayuran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:
  • Jenis daun seperti kangkung, sawi dan bayam.
  • Jenis buah seperti terung, timun, tomato dan cili.
  • Jenis ubi seperti sengkuang, lobak putih, keledek, ubi kayu dan ubi kentang.
  • Jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis dan kacang kelisa.
Menyemai biji benih
Penyemaian biji benih boleh dibuat terus ke batas atau disemai di dalam kotak semaian.
Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batas
Sayuran seperti kangkung, sawi, kailan dan bayam ditanam dengan menggunakan biji benih yang disemai terus ke batas mengikut aluran diikuti dengan kerja-kerja penjarangan anak benih.

Aktiviti 2: Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batas
a) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.
b) Buat alur cetek di atas batas pada jarak 10 cm antara alur.
c) Biji benih halus dicampurkan dengan pasir halus dengan nisbah 2 bahagian biji benih dan 7 bahagian pasir
untuk mendapatkan taburan yang sekata.
d) Tabur biji benih pada alur dan timbus dengan tanah.
e) Biji benih yang telah disemai hendaklah diberi perlindungan dan disiram air 2 hingga 3 kali sehari.
f) Selepas terdapat 4 hingga 5 helai daun anak benih, kerja-kerja penjarangan hendaklah dilakukan.
g) Buang anak benih kurang subur dan tinggalkan anak-anak pokok yang sihat.
h) Jarak antara pokok (untuk sawi dan kangkung) selepas dilakukan penjarangan adalah 4 -5 cm.

Penyemaian Biji Benih Dalam Kotak Semaian
Penyemaian biji benih dibuat di dalam kotak yang dibuat daripada kayu yang bertebuk di bawahnya. Ukuran yang sesuai adalah 75 cm x 45 cm x 10 cm (Panjang x Lebar x Tinggi). Kotak diisi dengan medium ke paras 2 hingga 4 cm dari atas permukaan kotak.
Jenis sayuran yang sesuai disemai dengan cara ini ialah kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli.

Aktiviti 3: Penyemaian Dalam Kotak Semaian

a) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.
b) Biji benih ditabur di dalam kotak semaian dan ditimbus dengan selapisan tanah setebal 5 cm
c) Selepas biji benih cambah dan mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun, anak benih boleh diubah ke batas atau ke dalam bekas penanaman.

Menanam Sayuran Dalam Bekas
Sayuran jenis daun yang sesuai ditanam dalam bekas seperti kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli. Bekas penanaman yang sesuai untuk tanaman sayuran adalah seperti pasu, beg plastik, tin kosong, tayar terpakai dan kotak kayu.


Penyediaan Medium Dalam Bekas

Sayuran boleh tumbuh dengan subur dalam pelbagai medium. Medium tersebut hendaklah mempunyai kemampuan menyerap dan menyimpan air serta mempunyai pengudaraan yang baik. Medium yang sesuai untuk menanam sayur dalam bekas adalah campuran tanah yang disediakan dengan nisbah 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir.

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails