Tuesday, April 5, 2011

Pen Digital Al-Quran

 

Set lengkap pen digital al-Quran yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran.


TEKNOLOGI yang ditawarkan ini bukan sesuatu yang baru tetapi kini diaplikasikan untuk bacaan al-Quran.

Dalam konteks mendidik anak-anak, mungkin set pen digital al-Quran merupakan satu pilihan kerana ia bertindak sebagai scanner atau pengimbas kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-Quran.

Al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan. Ia hanya boleh dilihat sekiranya mengguna kanta pembesar.

Pengguna boleh nampak dengan jelas grid yang ada di belakang tulisan pada al-Quran tersebut.

Pada grid berkenaan, dimasukkan kod tertentu dan apabila pen diletakkan, alat pengimbas yang padanya akan mencetuskan bunyi tertentu berdasarkan kod tertentu.

Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tida berfungsi pada al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod.

Pada set lengkap yang dijual, pen al-Quran digital adalah pen elektronik yang apabila disentuh di mana-mana surah yang terdapat di dalam al quran yang disediakan, maka pen itu akan membacanya dalam bahasa Arab.

Disediakan juga Muqaddam yang mempunyai bacaan asas al-Quran beserta surah-surah pendek serta doa-doa harian.

utusan online

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails