Sunday, March 13, 2011

Hampir 20'000 Guru Dapat Ijazah Dibawah Program PPG Sejak 2006

 

SHAH ALAM 13 Mac : Hampir 20,000 guru berjaya memperoleh  Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) sejak 2006.

Naib Canselor OUM, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, berkata program berkenaan merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kementerian untuk memastikan semua guru sekolah menengah dan sekurang- kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah.

Beliau berkata seramai 5,685 guru terpilih mengikuti program SMP pada sesi pengambilan khas semester 2011 dengan merangkumi 11 subjek utama termasi Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains.

"Pendaftaran selama empat hari bermula hari ini bagi mengikuti pengajian selama empat tahun di 20 pusat pembelajaran OUM di seluruh negara," katannya dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat pendaftaran SMP ambilan 2011 di sini hari ini.

Melalui pengajian di OUM, guru akan didedahkan kepada aplikasi teknologi maklumat terkini dalam modul pengajian seperti belajar secara atas talian, nota-nota kuliah secara maya selain perjumpaan bersemuka dengan tenaga pengajar, katanya.

Program SMP itu mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diperaku oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails