Wednesday, October 20, 2010

CyberSAFE in Schools dilancarkan

TPM lancar CyberSAFE in Schools

Muhyiddin Yassin (tengah), Musa Aman (kiri) dan Dr. Maximus Johnity Ongkili (dua Kanan) meletakkan tangan pada bebola tanda perasmian CyberSAFE in School di Kota Marudu,Sabah baru-baru ini.


Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya pengguna Internet mengenai pelbagai isu berkaitan keselamatan siber terutama bahaya-bahaya serta ancaman-ancaman yang dihadapi oleh pengguna Internet semakin diperhebatkan dengan pelancaran program CyberSAFE in Schools baru-baru ini.

Program tersebut yang dicetuskan sempena program Innovation@School merupakan anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pelajaran dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, Sabah baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, pelajar sekolah merupakan sasaran penting bagi program ini dilaksanakan kerana ia mampu memupuk tatalaku penggunaan Internet secara positif.

''Dengan wujudnya kesedaran mengenai keselamatan siber ini, maka kita dapat melahirkan generasi yang berhemah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan negara,'' kata beliau.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu; timbalannya, Fadillah Yusoff dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Program berkenaan merupakan satu inisiatif yang diterajui oleh MOSTI dan dilaksanakan oleh agensinya, Cybersecurity Malaysia.

Antara isu-isu berkaitan keselamatan siber meliputi tatalaku berkawan dan bersembang dalam talian, perbankan dan pembelian secara selamat melalui Internet, penipuan siber, kecurian identiti, hendap siber, pembulian siber dan gangguan dalam talian.

CyberSAFE turut menekankan cara melindungi komputer dari jangkitan malware (virus), pengurusan emel serta cara melindungi maklumat peribadi di alam siber.

Program CyberSAFE in Schools yang menyasarkan murid sekolah serta golongan remaja, membabitkan program kesedaran dan pendidikan nilai serta etika keselamatan siber diterapkan di kalangan murid sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Sementara itu, projek perintis telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran di beberapa buah sekolah di seluruh negara untuk melihat penerimaan para pelajar terhadap keselamatan siber.

utusan online

www.kemahiranhidup2u.blogspot.com

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails