Friday, June 25, 2010

Komposit Sisa Buangan

Komposit sisa buangan



Komposit yang dihasilkan daripada bahan buangan.

Deskripsi Inovasi :

Mungkinkah pada suatu hari nanti kita akan tinggal dengan dikelilingi oleh bahan-bahan buangan? Di Malaysia, pemprosesan kelapa sawit menghasilkan lebih daripada seratus juta tan metrik sisa buangan setiap tahun.

Pengilangan gula daripada tebu pula menghasilkan lebih daripada sejuta tan metrik hampas setahun.

Ini bermakna kitar semula bahan buangan mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing.

Oleh itu, projek komposit mesra alam berasaskan pertanian (agro based eco-composite) telah dijalankan bagi menangani masalah ini.

Menerusi projek ini, bahan buangan pertanian dijadikan sebagai bahan asas bagi menghasilkan suatu komposit yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

Kegunaan

# Menukarkan bahan buangan pertanian kepada suatu bahan yang bermanfaat.

# Menghasilkan bahan komposit yang setanding dari segi ciri-ciri mekanikalnya dengan bahan yang sedia ada di pasaran.

# Mengurangkan penggunaan bahan-bahan asas seperti kayu, simen dan batu.

Operasi inovasi

Projek ini berpaksikan kepada penggunaan sisa buangan sektor pertanian sebagai bahan penguat di dalam sesuatu komposit.

Sifatnya yang liberal membolehkan pelbagai jenis sisa buangan dapat digunakan.

Ini menunjukkan sisa buangan pertanian merupakan bahan penting dalam penghasilan komposit.

Ia menyediakan cara baru yang menggunakan sisa buangan dengan lebih efektif tanpa mencemarkan alam dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Manfaat kepada masyarakat

# Mengurangkan pencemaran alam dengan menyediakan cara baru penggunaan semula bahan buangan pertanian.

# Penggunaan sisa buangan akan mengurangkan penggunaan bahan polimer seterusnya menyelamatkan alam sekitar.

# Menghasilkan suatu bahan baru yang lebih murah, mempunyai nilai yang tinggi dari segi ciri mekanikal dan berdaya saing dengan produk di pasaran.

# Mengelakkan bahan buangan daripada dibakar ataupun digunakan dengan cara yang memungkinkan pencemaran.

Potensi pasaran

# Produk alternatif yang menarik dan unik.

# Kos yang rendah dan murah

# Produk yang kalis bunyi

# Ringan dan kukuh

# Produk pelbagai guna

-utusan online

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails