Tuesday, April 13, 2010

Program 5S dalam Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup

Bagi memastikan bengkel Kemahiran Hidup menepati spesifikasi dan mematuhi standard pengurusan yang berkesan, ianya dapat dicapai berdasarkan program 5S. Program 5s ialah
( sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal )

Secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan konsep ini dalam pengelolaan kekemasan bengkel.

5S

1. Sisih
2. Susun
3. Sapu
4. Seragam
5. Sentiasa amal

SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membungkannya.
Terdapat dua kategori:-

1. Bahan yang diperlukan

a. Bahan yang tidak diperlukan tetapi mesti disimpan.
b. Bahan yang kadangkala perlu digunakan semula.
c. Bahan yang digunakan selalu

Contoh:-
a. Reja kayu boleh digunakan untuk mengalas projek semasa menggunakan ragum atau proses mencabut paku. Ini boleh mengelakkan projek daripada rosak.

b. Kertas las - yang telah digunakan boleh digunakan semula untuk melicinkan permukaan kayu atau logam yang disapu lapisan pertama.
Cara kendalian:-

a. Letakkan berdekatan tempat penggunaannya.
b. Letakkan jauh sedikit.
c. Mesti disimpan berasingan dengan pengenalan yang jelas.

2. Bahan yang tidak diperlukan

a. Bahan yang tidak diperlukan dan senang dibuang.
Contoh:- reja kayu kecil, berus cat

b. Bahan yang ada nilai untuk dijual
Contoh:- tin cat, lebihan potongan aluminium.

c. Bahan tiada nilai tapi kos tinggi untuk dihapuskan.
Contoh :- minyak hasil daripada kerja servis, gris yang telah digunakan.

Cara kendalian:-

a. Buang serta merta bagi yang tidak mencemarkan alam sekitar.
b. Gunakan kaedah yang selamat serta yang menjimatkan kos untuk dilupuskan.

SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Asingkan bahan/barang kepada tiga peringkat:-

1. Bahan yang selalu digunakan.
Cara kendalian :- mesti disimpan dalam stor dengan pengenalan yang jelas. Contohnya alatan mesin mudah alih, alatan tangan. Adakan panel alatan dan juga kabinet alatan.

2. Bahan yang kadangkala digunakan
Cara kendalian – ditempatkan dalam stor atau jauh sedikit daripada panel alatan.

3. Bahan tidak digunakan langsung tetapi mesti disimpan.
Cara kendalian – mesti disimpan dalam stor dengan pengenalan yang jelas.

SAPU

Pastikan bengkel sentiasa dalam keadaan bersih, tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas. Cara kendalian – mengadakan jadual tugas untuk menyapu lantai, menyapu minyak pada alatan logam, dan mengelap kelengkapan alatan seperti mesin gerudi.

SERAGAM

Setiap guru dan pelajar yang menggunakan bengkel mesti tahu peranan yang mesti dilaksanakan. Ini bertujuan supaya keadaan bengkel sentiasa dalam keadaan teratur, kemas dan bersih. Amalan penggunaan bengkel mesti dipatuhi walau siapapun yang menggunakan bengkel mengikut prosuder yang betul.

SENTIASA AMAL

Kerja-kerja rutin yang mesti dilakukan mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Contohnya menyusun alatan, menjaga kebersihan, melakukan kerja pengasingan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Sumber :http://www.sksenai.com

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails