Friday, April 2, 2010

Politeknik di hati Pelajar Lepasan SPM...


Jabatan Pengajian Politeknik Terima 125,000 Permohonan On-line
KUALA LUMPUR, 2 April -- Jabatan Pengajian Politeknik menerima kira-kira 125,000 permohonan on-line untuk kemasukan pelajar ke 27 buah politekniknya di seluruh negara bagi pengambilan Julai 2010.

Sambutan yang cukup menggalakkan daripada pemohon dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia adalah disebabkan oleh penyelarasan latihan industri yang kukuh pengajian politeknik itu yang mantap, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, Ketua Pengarah jabatan Datuk Imran Idris baru-baru ini berkata pengajian politeknik banyak membantu usaha kerajaan menaikkan status negara dari negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Jabatan itu juga sedang menggerakkan institusi politeknik untuk menjadi Pusat Teknologi dan Pusat Kecemerlangan yang memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

Kenaikan taraf politeknik dan institusi negara itu secara keseluruhannya akan dapat mengurangkan kebergantungan industri pada tenaga teknikal asing, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails