Monday, February 1, 2010

Zulkifli Haron - Guru Inovasi


Zulkifli Haron dedahkan magis sentuhan

Setelah 23 tahun menjalankan perniagaan dalam bidang reka cipta, Zulkifli Haron kini ingin berkongsi pengalaman serta teknik untuk menjadikan anda kreatif.

Semua orang mampu untuk menjadi kreatif sekiranya anda mempelajari teknik tersebut dengan betul.

Melalui bengkel sehari itu, peserta akan didedahkan dengan rahsia untuk menjadi kreatif.

Peserta juga akan menjalankan latihan praktikal untuk mengalami sendiri keseronokan menjadi seorang yang kreatif.

Penyampaian akan dijalankan secara mudah untuk membolehkan peserta tidak dibebankan dengan formula untuk dihafal.

Melalui bengkel sehari ini, peserta akan diajar berhubung mekanisma suis, iaitu ibu kepada segala teknologi.

Anda akan memahami bagaimana teknologi suis berjaya menghasilkan reka cipta yang menarik. Bayangkan dengan hanya menepuk tangan, anda mampu untuk menyalakan sebiji mentol. Inilah kelebihan suis.

Selain dari itu, anda akan didedahkan dengan pelbagai lagi jenis suis yang menarik untuk membolehkan anda meminati bidang reka cipta.

Kursus ini amat berseuaian untuk pelajar di sekolah menengah serta di institusi pengajian tinggi (IPT) . Mereka yang telah bekerja dan ingin mempelajari teknik kreativiti dan reka cipta juga amat digalakkan untuk mengikuti bengkel ini.

Kemahiran yang diperolehi daripada bengkel ini akan memberi manfaat kepada anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya anda seorang pelajar, maka anda akan mempunyai teknik tambahan dalam menjalankan projek reka cipta di sekolah mahupun di IPT.

Sekiranya anda seorang pekerja, maka anda dapat memberi nilai tambah dalam bidang kerja anda dan meningkatkan produktiviti melalui kreativiti.

Oleh itu Zulkifli menerusi syarikatnya, Zull Design Autotronic akan menganjurkan bengkel seumpama itu bersama Utusan Malaysia yang memberi peluang kepada peserta mengetahui magis sentuhan suis. Bayangkan anda menepuk tangan dan lampu tiba-tiba menyala?. Belajarlah daripada guru inovasi ini.

utusan online

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails