Saturday, February 20, 2010

Bengkel Inovasi sahut cabaran Malaysia Inovatif 2010

Bengkel inovasi sahut cabaran MI2010




PERNAH anda bertanya bagaimana teknologi itu dapat dimajukan daripada semudah-mudah sistem kepada yang paling canggih?

Pernahkah anda bertanya apakah bentuk penyelesaian dalam urusan harian anda kalau bukan teknologi.

Sistem atau apa juga teknologi pada hari inilah yang dihasilkan oleh saintis yang memudahkan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, ia tidak datang dengan mudah sebaliknya diasaskan daripada semudah-mudah perkara kepada yang paling canggih.

Teknologi itu pula datang daripada gabungan pelbagai elemen antaranya teori sains, kreativiti yang akhirnya menghasilkan suatu produk yang kini popular dengan sebutan inovasi.

Maka, jelaslah sains dan kreativiti memainkan peranan bukan sahaja membentuk kehidupan manusia yang lebih baik, tetapi juga ia menyumbang kepada ekonomi.

Apabila Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) yang bertemakan Meraikan Kreativiti, ia memberi gambaran bahawa kerajaan mengiktiraf peranan inovasi dalam kehidupan manusia.

Sejajar dengan hasrat kerajaan itu, Utusan Malaysia dengan kerjasama Zull Design Autotronic berganding bahu menganjurkan satu bengkel inovasi yang akan memberi peluang kepada peserta melakukan sendiri eksperimen untuk menghasilkan sistem atau inovasi.

Program tersebut bukan sahaja menyokong usaha kerajaan bagi menyemarakkan aktiviti inovasi dan memupuk kreativiti, tetapi ingin melihat rakyat negara ini memahami teknologi, kreativiti dan kepentingan inovasi.

Ia memberi peluang kepada peserta bagaimana sistem berfungsi, dan rasa kagum mereka akan terjawab jika mereka sendiri melakukannya.

Di samping kagum dengan eksperimen sendiri, mereka akan seronok dan memperoleh kepuasan dan paling penting memahami sistem teknologi.

utusan online

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails