Monday, December 7, 2009

PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA KOLABORATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN HIDUP MURID TAHUN LIMA.

PERBANDINGAN KESAN PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA KOLABORATIF
DAN TRADISIONAL TERHADAP TAHAP PENCAPAIAN
KEMAHIRAN HIDUP MURID TAHUN LIMA.
Nasir Bin Hasan
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis

Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah diperkenalkan pada tahun 1991. Mata pelajaran ini dijalankan sebagai satu mata pelajaran sekolah yang tidak dinilai melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), walau bagaimanapun kandungan mata pelajaranya akan bersambungan ke sekolah menengah dan pada peringkat tersebut pelajar diwajibkan mengambilnya dan dinilai melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi memastikan mata pelajaran ini terus sesuai dengan keperluan wawasan negara, kandungan sukatan telah dibuat penambahbaikan pada tahun 2002.
Kemahiran hidup ialah satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam tahap dua Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Mata pelajaran ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Kemahiran asas tersebut dapat digunakan oleh murid untuk berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik akan diterapkan semasa menjalankan aktiviti agar mewujudkan kesepaduan.
Secara umumnya faktor pendekatan dan kaedah pengajaran yang dikendalikan oleh seseorang guru dalam sesuatu mata pelajaran akan menjadi penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan seterusnya akan memberikan kesan terhadap tahap pencapaian murid terutama bagi mata pelajaran yang melibatkan komponen teori dan amali seperti Kemahiran Hidup.
Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah kurang diberikan tumpuan kerana masyarakat memandang Kemahiran Hidup sebagai matapelajaran pelengkap dan kurang penting untuk anak-anak mereka kerana tidak dinilai melalui UPSR. Bagi KPM Kemahiran Hidup sangat penting kerana dapat menyediakan asas teknologi yang kukuh kepada rakyat Malaysia bagi menjayakan wawasan 2020. Kementerian juga telah memberikan penekanan tentang kaedah. pengajaran Kemahiran Hidup supaya melibatkan pembelajaran melalui pengalaman. Murid dikehendaki melakukan sendiri pelbagai aktiviti secara aktif untuk menguasai pengalaman praktis yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian, (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup, ms 3, 2002). Untuk melaksanakan pendekatan ini, peranan guru sangat penting dalam mengendalikan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
Menurut Abd Aziz Osman (2002) guru-guru sangat sukar untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran komponen Mereka cipta Projek dalam sukatan Kemahiran Hidup tahun 4,5 dan 6 kerana mereka kurang mahir, sukar mhttp://www.blogger.com/img/blank.gifenentukan aktiviti yang sesuai bagi membina kreativiti murid dan kurang alat Bantu mengajar (ABM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Isu yang timbul di sini ialah guru menghadapi kesukaran dalam merancang aktiviti yang sesuai bagi menjadikan murid lebih kreatif untuk membina produk berkaitan dengan tajuk mereka cipta projek. Oleh itu kajian ini akan membuat perbandingan dua pendekatan pengajaran dalam pengajaran Kemahiran Hidup iaitu pendekatan berasaskan kolaboratif dan pendekatan secara
tradisional ke atas pencapaian murid akan dapat membantu guru-guru dan meyakinkan mereka untuk memilih pendekatan yang sesuai digunakan untuk pengajaran mereka dan dengan itu diharapkan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh merujuk sepenuhnya kajian yang telah dilaksanakan oleh En.Nasir Bin Hassan dari IPGM Kampus Perlis download disini. Kajian

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails