Tuesday, December 22, 2009

Bengkel Inovasi

Bengkel inovasi menjadi kreatif seperti MacGyver

Pertandingan reka cipta yang dijalankan saban tahun di negara ini telah melahirkan ribuan inovasi semenjak ia digalakkan oleh kerajaan bermula penghujung 1990-an.

Pertandingan ini melibatkan pihak Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan pelbagai kementerian lagi yang melibatkan institusi di bawah seliaan agensi terbabit seperti sekolah, universiti, institut kemahiran dan sebagainya.

Disebabkan tiada satu badan khas yang menguruskan pertandingan ini, maka hasil dan produk inovasi tersebut tidak diketahui bilangannya dan statusnya.

Maka, bayangkan berapa banyak kerugiannya yang ditanggung oleh negara kita.

Sepatutnya satu badan khas dilantik untuk menyelaraskan pertandingan reka cipta di negara ini agar hasil inovasi mampu memberi pendapatan kepada pereka cipta dan juga negara.

Mengapa hasil inovasi tersebut lenyap begitu sahaja?

Antara sebab kenapa hasil inovasi lenyap begitu saja ialah kerana para pereka cipta tidak mempunyai pendedahan yang sebenar tentang apa itu reka cipta.

Mereka tidak dapat memenuhi kehendak reka cipta itu sendiri.

Saya mengkategorikan kehendak reka cipta kepada beberapa perkara iaitu:

lProduk itu perlulah benar-benar dapat membantu pengguna dalam kehidupan seharian

lProduk itu perlulah mesra pengguna atau user friendly

lKos untuk memiliki produk tersebut efisien berbanding dengan tugasan yang dapat dilakukannya

lJangkaan permintaan yang baik terhadap produk.

Pelajar tersebut mungkin merasakan apa yang dicipta sudah cukup baik.

Oleh yang demikian, maka para hakim dilantik untuk memilih inovasi yang terbaik untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Hakim yang dilantik untuk menilai hasil inovasi perlulah benar-benar memahami kebolehan produk itu untuk dikomersialkan seperti yang ditekankan di atas.

Masalahnya, kebanyakan hakim yang dilantik hanya berminat untuk melihat isi dalaman produk dan bagaimana ia dibuat. Pada penilaian mereka, produk yang bagus perlulah dihasilkan daripada mekanisme yang terlalu kompleks.

Hal ini menyebabkan produk yang berpotensi untuk dikomersialkan berkubur di tengah jalan.

Oleh itu, pihak penganjur perlu mengambil pendekatan baru, memilih hakim pertandingan dalam kalangan pengguna. Suri rumah juga boleh dilantik menjadi hakim kerana mereka adalah pengguna.

Kesimpulannya, hakim perlulah seorang pengguna kerana mereka akan menilai produk tersebut dari sudut keperluan, mesra pengguna dan harga yang berpatutan.

Utusan Malaysia dengan kerjasama Zull Design Autotronic akan menganjurkan bengkel Rakan Inovasi bagi menyemarakkan semangat inovasi di kalangan pelajar dan belia. Ia juga sejajar dengan sambutan Tahun Inovasi pada 2010 dan bengkel ini sebagai bukti komitmen kedua-dua pihak untuk membantu kerajaan menjana semangat reka cipta dan inovasi.

Bersama-sama ini disertakan borang kepada mereka yang berminat. Maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Sumber Utusan Online

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails