Wednesday, December 9, 2009

Agenda Inovasi Nasional

1Malaysia Penggerak Untuk Agenda Inovasi Nasional

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Konsep 1Malaysia sesuai untuk agenda inovasi negara bagi melahirkan bakat berdasarkan semua rakyat Malaysia, kata seorang pakar antarabangsa.

"Konsep 1Malaysia amat sesuai dengan inovasi. Bakat bukan hanya ada dalam satu budaya, ia diagihkan. Malaysia akan memperoleh caranya melalui budayanya yang tersendiri," kata Dr Harold J. Raveche, presiden Stevens Institute of Technology yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Beliau berkata negara memerlukan satu konsep untuk mempercepatkan agenda itu bagi meningkatkan pendapatan ekonomi, katanya kepada Bernama dalam temubual dengan Bernama mengenai mengembangkan inovasi di Malaysia.

Mereka yang boleh melaksanakan tugas itu tidak perlu seorang teknokrat tetapi seseorang yang mempunyai kesungguhan dan minat dalam inovasi, integriti dan komitmen.

"Anda memerlukan seorang pemandu Formula One, bukan pemandu teksi," katanya yang merupakan seorang pakar pembangunan kapasiti dan inovasi. Raveche berada di sini atas jemputan Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan rakan kongsi dalam projek penyelidikan.

Stevens Institute of Technology, yang menempatkan dua pusat kecemerlangan penyelidikan Amerika Syarikat (AS), berada pada kedudukan ketiga di AS dalam memberi pulangan pelaburan hasil penyelidikan kampus tahun lepas oleh Forbes.

Raveche berkata kerajaan perlu menjadikan setiap rakyat Malaysia, daripada saintis kepada rakyat biasa, menyedari kepentingan inovasi yang akan mencipta peluang baru, menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan kemajuan.

Mandat kebangsaan ini sudah pasti akan menarik pulang terutama dari kalangan jurutera, saintis dan pencipta serta rakyat Malaysia yang berada bagi menyediakan modal pelaburan.

"Perubahan Malaysia daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada inovasi tidak hanya memerlukan jurutera yang mahir, saintis dan pengurus tetapi juga pencipta dan usahawan," katanya ketika ditanya mengenai fokus kerajaan Malaysia terhadap model ekonomi baru yang bertumpu kepada inovasi dan nilai tambah yang tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

Raveche berkata inovasi bukan hanya mengenai melakukan sesuatu yang baru tetapi juga menarik nilai baru yang akan memberi keuntungan dalam banyak cara kepada negara dan pelabur.

Mengenai ranking Malaysia yang berada di tempat ke-21 dari 110 negara dalam Global Innovation Index, beliau percaya Malaysia boleh menjadi lebih maju dengan mencari dan melabur dalam individu yang berpotensi atau industri kecil dan sederhana yang berteknologi tinggi.

Ini bermakna membantu mereka dalam membuat penyelidikan dan pembangunan, memulakan perkongsian dengan empat universiti yang menjalankan penyelidikan dan mengembangkan industri baru sebangai model contoh.

Empat universiti itu ialah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk membangunkan kapasiti, Dr Raveche berkata pelindungan harta intelek adalah sesuatu yang mesti untuk menarik pelabur.

Dasar pelajaran juga perlu memasukkan insentif untuk universiti menjalankan serta mewujudkan budaya penyelidikan dan pembangunan inovasi, katanya.

-- BERNAMA

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails