Thursday, May 30, 2013

Modul Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Modul Subjek Kemahiran Hidup ini dihasilkan oleh beberapa orang Guru Cemerlang Kemahiran Hidup. Berikut beberapa modul yang telah dihasilkan , semoga penghasilan modul ini dapat membantu guru-guru Kemahiran Hidup negeri Kelantan dan seluruh Malaysia. Modul Tahun 4 sila klik dibawah https://www.dropbox.com/s/x1zf8iask99tkce/KH%20Y4%202013.doc Modul Tahun 5 klik linkhttps://www.dropbox.com/s/s2jybkpkoeg221d/KH%20Y5%202013%20A%20%281%29.doc Modul Tahun 6 sila kehttps://www.dropbox.com/s/e6gmgvkdfkd3e2g/KH%20Y6%202013%20B.pdf

Monday, May 20, 2013

Taklimat pelaksanaan kursus KSSR dan PBS subjek Reka Bentuk & Teknologi

Taklimat ini dijalankan di Bilik Mesyuarat PPD Kuala Krai, dimana melibatkan 30 orang JU seluruh negeri.



Friday, April 26, 2013

Projek rak kunci dan peti surat

Semua murid tahun 5 telah berjaya menyiapkan projek rak kunci dan peti surat. Justeru, panitia KH SK Kedai Tanjong dengan bangganya memberi hadiah kepada tiga orang murid yang dapat menyiapkan projek dengan jayanya dan terbaik.











Friday, March 29, 2013

Tema Hari Guru 2013

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA



HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Sunday, January 27, 2013

Transformasi Pendidikan Negara

Bersama kita hayati lagu ini (Tranformasi Pendidikan Negara) *Muat turun lagu ini sila KLIK DISINI *Lirik lagu ini sila KLIK DISINI

Sunday, January 13, 2013

Alatan tangan

Komponen dalam kit model dicantum menggunakan pengikat. Pengikat yang biasa digunakan ialah skru, bolt dan nat. Jadi ini memerlukan alatan tangan untuk membuka dan memasang kit model.Alatan tangan yang digunakan dalam pemasangan kit model adalah bersaiz kecil, Berikut beberapa contoh alatan tangan :


Selamat belajar.....

Kuiz Interaktif Kemahiran Hidup

Anda juga mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails